“Animasi kita taraf dunia” – Harian Metro, 17 Januari 2008

oleh C Ramasamy

BULAN ini jutaan penduduk di Asia akan menyaksikan satu pencapaian yang pertama seumpamanya buat Malaysia – menonton siri animasi televisyen dua dimensi (2D) bikinan syarikat tempatan yang memaparkan kehidupan masyarakat majmuk negara ini. Siri animasi 26 episod bertajuk Football Kidz keluaran Animasia Studio Sdn Bhd (Animasia Studio) itu akan ke udara di 16 negara menerusi saluran kartun antarabangsa, Disney Channel.

Ini adalah kali pertama konsep sebuah syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia) berjaya menembusi rangkaian penyiaran antarabangsa yang sememangnya diketahui amat mengutamakan kualiti.

Jadi siapa kata animasi sentuhan Malaysia tidak bermutu? Ini lagi bukti: sebuah lagi siri animasi keluaran Animasia Studio turut mencipta rekod apabila menduduki carta 30 program paling ditonton oleh lebih 700 profesional industri animasi dari seluruh dunia.

Juga 2D, siri animasi televisyen berjudul ABC Monster, yang dibiayai kerajaan, menduduki tangga ke-29 di kalangan lebih 919 program.

Apa yang menariknya, ABC Monster adalah satu-satunya produk animasi dari Asia yang mewarnai carta 30 teratas, sekali gus mengenepikan saingan gergasi animasi Asia seperti Jepun dan Korea.

“Disney Channel memang menitikberatkan mutu. Apabila mereka memilih untuk menyiarkan Football Kidz menerusi saluran mereka, ia satu pengiktirafan besar buat Malaysia dan industri animasinya yang masih di peringkat permulaan.

“Ranking ABC Monster pula membuktikan syarikat tempatan berupaya menghasilkan kandungan kreatif bertaraf antarabangsa untuk pasaran global,” kata Pengarah Urusan Animasia, Edmund Chan.

Perjanjian antara Animasia Studio dan Disney Asia untuk penyiaran Football Kidz itu dijayakan syarikat pengedar kandungan kreatif antarabangsa, Peppermint Asia.

Menurut Chan, cabaran besar yang dihadapi syarikat tempatan ialah menghasilkan animasi bertaraf dunia pada kos penerbitan yang terhad.

“Industri animasi Malaysia kecil. Bajet produksi kita agak terhad berbanding syarikat terkemuka dunia yang menghasilkan satu episod animasi 2D pada kos AS$12,000 (RM44,000) dan sehingga AS$300,000 (RM1.1 juta) bagi animasi tiga dimensi (3D) bagi tayangan selama setengah jam,” katanya.

Football Kidz pernah disiarkan di Malaysia dengan judul Bola Kampung. Di peringkat tempatan, ia menonjol sebagai antara lima program animasi paling ditonton di rangkaian televisyen percuma.

Pencapaian Football Kidz dan ABC Monster itu dilakar di pameran perdagangan audio visual terbesar dunia, Mipcom 2007 yang berlangsung di Palais des festival, Cannes, Perancis, baru-baru ini.

Sebanyak 12 syarikat tempatan berstatus MSC Malaysia mengambil bahagian dalam pameran itu yang disertai 4,585 syarikat dan 13,371 profesional industri dari 105 negara.

Penyertaan negara ke pameran berkenaan dikendalikan Multimedia Development Corporation (MDeC) – entiti kerajaan yang berfungsi membangun dan mempromosi MSC Malaysia.

Syarikat tempatan terbabit yang berkemahiran dalam penghasilan pelbagai cabang kreatif termasuk animasi 2D, 3D, definisi tinggi (HD), pengedaran kandungan kreatif serta penerbitan bersama, secara keseluruhannya mencatatkan urus niaga bernilai RM68 juta dalam tempoh tiga hari daripada lima hari pameran.

Nilai perjanjian perniagaan yang dimeterai dijangka lebih tinggi berikutan ada antara syarikat terbabit memilih untuk tidak mendedahkan angka urus niaga mereka.

MDeC kini dalam proses terakhir menilai jumlah keseluruhan urus niaga yang dicatatkan Malaysia.

Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang bertanggungjawab mencipta siri animasi televisyen, Upin & Ipin pula menandatangani perjanjian pengedaran dengan Peppermint Asia untuk memasarkan filem cereka animasi 3D yang kini masih dalam proses pembikinan bagi rantau Eropah dan Asia.

Karya yang dinamakan Geng: The Adventure Begins itu kini siap 60 minit. Ia yang dipanggil Geng: Misteri Hantu Durian bagi pasaran dalam negara adalah filem cereka animasi 3D pertama Malaysia.

Pengarah Kreatif dan Pemasaran Les’ Copaque, Mohd Nizam Abd Razak, berkata syarikatnya hadir di Mipcom 2007 untuk menghebahkan penerbitan Geng: The Adventure Begins selain merisik peluang prajualan dan penerbitan bersama.

“Ramai pembeli di pasaran antarabangsa ini tertarik dengan Geng. Mereka berpendapat ia penerbitan bermutu dan boleh dijual. Mereka juga memuji watak, jalan cerita serta gaya animasi yang dipersembahkan,” katanya.

Geng: The Adventure Begins bersiaran selama 90 minit dan setakat ini, 60 minit penerbitannya sudah dibereskan. Ia dijangka dapat disiap menjelang pertengahan tahun depan.

“Meskipun filem animasi kurang mendapat sambutan di kalangan penonton tempatan namun saya yakin Geng boleh mencipta kelainan. Lagipun, Geng dihasilkan dengan mengambil kira pasaran global,” katanya.

Menurutnya, penerbitan Geng: The Adventure Begins memakan kos RM4 juta.

“Sejumlah RM3 juta datang dari syarikat manakala bakinya bersumber dari Dana eContent,” katanya.

Centraline Animation (M) Sdn Bhd, yang sudah menempa nama di China, datang ke Mipcom 2007 dengan hasrat memperkukuh dan memperkembangkan operasinya.

Syarikat itu yang proaktif sudah menerbit dan memasarkan lima siri animasi berlainan tajuk dalam bentuk 2D, 3D dan Flash. Tidak hairan syarikat berkenaan dinamakan sebagai penerbit animasi kesembilan terbesar di negara Tembok Besar itu pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasinya, Wang Pau Ling, berkata Centraline memiliki dua anak syarikat di China dan pihaknya kini dalam proses menyiapkan empat lagi siri animasi.

“Pasaran Malaysia terhad, sebab itu kami meneroka di peringkat dunia. Kami percaya pemasaran animasi tidak dibataskan sempadan dan bahasa sesebuah negara.

“Apa yang membanggakan kualiti animasi yang kita hasilkan menepati piawaian antarabangsa dan ini diakui sendiri pemain industri di peringkat antarabangsa,” katanya.

Pengarah Kreatif Avant Garde Advertising Sdn Bhd, Keeta Brennan pula bertandang ke Mipcom 2007 untuk mencari rakan niaga yang sedia bekerjasama untuk menjayakan projek sulung syarikat berkenaan – Alamaya.

“Alamaya adalah siri animasi televisyen 12 episod. Ia kini dalam proses praproduksi. Kita berharap untuk menyiapkan semua episod menjelang Disember 2008,” katanya.

Menurutnya, maklum balas yang diterima amat positif dan ramai menyatakan minat terhadap projek 2D berkenaan.

“Jika Alamaya berjaya, kami bercadang untuk menerbitkannya untuk musim kedua,” katanya.

Menurutnya, bagi kebanyakan syarikat Malaysia yang baru berjinak dalam industri animasi, apa yang penting ialah mencari pasaran yang sesuai dan serius untuk pergi lebih jauh dalam bidang berkenaan.

“Platform yang sesuai akan menemukan pembeli, pengedar dan penerbit bersama yang berpotensi bagi mengembangkan perniagaan.

“Mipcom adalah salah satu pasaran yang betul. Langkah MDeC membawa kami ke sini sememangnya tepat,” katanya.

10 responses to this post.

  1. Posted by wanadeka on January 17, 2008 at 8:43 pm

    mana nama Rocket Fish?

    Reply

  2. Posted by taylineo on January 17, 2008 at 9:03 pm

    ntahla mana nyer Rocket Fish ….. cmne nak dpt pengiktirafan cm2 bila x nak buat produk utk siaran Malaysia.

    Reply

  3. Posted by fyza7 on January 18, 2008 at 11:50 am

    Bos RF kan suka mat saleh, mat saleh bagus, mat saleh terbaik. kalau terbaik sgt…..kerja jerlah kat tmpt sendiri. ntah2 kat tmpt sendiri sebenarnya paling teruk. buekkkkkkkkkkkkkkk

    Reply

  4. Posted by taylineo on January 18, 2008 at 12:50 pm

    A ah…Boss RF tue kan suka sgt kat konek putih…dia mana hormat kita org Malaysia. X respek lgsg org malaysia….wei BALIK LA!!! BODOH!!!!

    Reply

  5. Posted by bdk kecik on January 18, 2008 at 5:16 pm

    mama sy ckp, xbaik ckp mencarut.

    Reply

  6. Posted by nurulizzy on January 18, 2008 at 10:55 pm

    saya dah tgk bola kampung..slelau tgk..tiru katun jepun sket2 jln cita dia tapie diadaptkan dlm bentuk m’sia…but its different than our tipical and so static malaysian cartoon..thumbs uplah..br nampak lain and smooth..bnyk peningkatan..hhehehe..budak lapok pun best…not bad! tp its nicer if its targeted older audience mcm katun2 kat jepun n us..ehehhe..malaysia boleh!

    Reply

  7. Posted by taylineo on January 19, 2008 at 12:40 am

    yup. Bola Kampung.

    Reply

  8. Posted by Animator Fans on February 7, 2008 at 1:44 am

    Animasia is now hiring/looking for a young animator…(but yea…you don’t have to have animation diploma just to become animator)

    They are looking for mostly:
    2D animators, Character Designer, Storyboard Artist, Background Artist.

    If you got the passion for 2D animation, and alway dream of being an animator. this is the place for you to gain new experience.

    Requirement:

    – a Great Drawing Skill. (Whether it’s anime style or local style….it’s great!!! They accept all kind of style)

    – People living in Malaysia only.

    – Its optional, but if you know Flash, that would be great too. If no, they can teach you.😄

    – Overtiming, kinda important for most design/animation studio and stuff. cos like… all these studio do this anyway.

    – A big passion for animation.

    For more information, go to this link:
    http://www.animasia-studio.com

    You can call Moon this contact number: 03-7784 7731 to make an interview appointment.

    If you have a friends who are interested in animation but don’t know where to go. This is the first place you should try. So tell others ya.

    Reply

  9. Posted by Amir on September 1, 2008 at 3:03 am

    I dah visit website tu (www.animasia-studio.com), nampaknya Syarikat ini betul serious dalam bidang Animasi..

    Wah! team nya agak besar… bangunan besar… ada rekreaksi centre… macam Google Cafe… Pool Table, Ping Pong, PS2, Nintendo Wii, Punching Bag, Mini Theather.. Resource Centre, reading corner…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: