Makhluk MANUSIA yang kejam…

“Lihat, Belajar, Paham dan Jangan Jadi Manusia seperti Ini.

Bertanggungjawabla sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara.”

2 bayi ditemui dalam 8 jam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab

KUALA LUMPUR: Syaitan bertopengkan manusia. Itulah perumpamaan layak diberikan kepada orang tidak bertanggungjawab yang membuang dua bayi baru dilahirkan di dua tempat berasingan di ibu kota, semalam.

Dalam kejadian pertama, mayat seorang bayi yang masib bertali pusat dipercayai dibuang ke dalam sungai sebelum ditemui di Hulu Klang berhampiran Kelab Darul Ehsan di sini, kira-kira jam 3 petang.

Bayi lelaki berkenaan ditemui seorang wanita berusia 20-an yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis dan apa yang menyayat hati, mayat bayi itu ditemui terdampar di tepi sungai dalam keadaan bogel dengan bahagian punggungnya sedikit luka dipercayai akibat terlalu lama terendam dalam air.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata berdasarkan keadaan mayat, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.

“Bayi lelaki itu dipercayai sudah cukup bulan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat,” kata Abdul Jalil ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kedua, gurauan saban hari seorang penduduk kawasan perumahan di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini, untuk bertemu bayi ditinggalkan di tepi jalan ketika dia berjoging akhirnya menjadi kenyataan apabila wanita warga emas itu terserempak bayi yang dibuang berhampiran rumahnya.

Malangnya, bayi lelaki yang dibungkus plastik dan baju terbabit didapati sudah meninggal dunia kurang 12 jam sebelum ditemui, dipercayai akibat kesejukan atau mati ketika dilahirkan.

Salekhul Ishak, 50, dikatakan terserempak mayat bayi masih bertali pusat itu yang dihurungi lalat sekitar jam 8.20 pagi.

Menurutnya, dia sebelum ini kerap bergurau dengan rakannya bakal menemui bungkusan berisi bayi ketika sedang berjoging di sekitar kawasan terbabit yang dilalui setiap hari.

“Bagaimanapun saya tidak menyangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Malangnya, saya sedih apabila mendapati bayi lelaki terbabit sudah tidak bernyawa lagi sebaik bungkusannya dibuka.

“Saya yakin bayi berkenaan baru dilahirkan berikutan tali pusatnya masih baru manakala kain yang digunakan untuk membungkus bayi terbabit masih berlumuran darah,” katanya.

Beberapa anggota dari Balai Polis Wangsa Maju yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sekitar 8.30 pagi sebelum membawa mayat bayi terbabit ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

(Dipetik dari harian metro, 03 April 2008)

“Aku sungguh x paham kenape manusia sekarang suka melakukan perkara ini. Sesungguhnya anak kecil yang lahir tuh sgt chomey dan putih suci. tetapi napela mereka nieh buang baby2 tuh mcm sampah. Sungguh xbeprikemanusiaan langsung! Teknologi semakin berkembang p kehidupan manusia aku tgk skang makin mundur! Kalo xnak pown baby2 chomey tuh, hantar la kat umah anak yatim. Dieorg bole tlg jaga and siap bagi pendidikan yang betol.

Adakah ini trend manusia pada zaman teknologi yang canggih ini?”

Renung-renungkanlah and Think about it people… Ignorance is a bliss…

4 responses to this post.

  1. Posted by wanadeka on April 3, 2008 at 1:52 pm

    aku syg anak2 aemon xbernyawa tu bagai nak rak. Tay baling2 pon aku marah. ini anak yg bernyawa, diorg leh buang mcm tu. kejam!

    Reply

  2. Posted by fathi on April 3, 2008 at 3:48 pm

    memang kejam…orang lain punya susah nak dapatkan anak…dia senang2 je buang….kalu betul tak sanggup jaga anak tu jgn sampai membunuh…jangan buat kesalahan kali kedua.

    Reply

  3. Posted by crazyloveman on April 3, 2008 at 9:35 pm

    aku tak tahu knp dengan dunia sekarang…
    baiknya org yang kita buang tu kita wat cam tuh…
    aku telah menitiskan air mata bila tgk berita bayi kedua semalam….
    so sad….

    Reply

  4. kucing ai mati. sedih..😦

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: