Kampus UKM tidak lagi selamat

Malaysiakini.com | Logesh Kumaran | Jun 24, 08 4:14pm
Logesh a/l Kumaran adalah pelajar tahun dua dan exco politik Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)

Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di Universiti Kebangsaan

Malaysia. Pada 19 Jun lalu, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis, merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Kes ini seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) apabila geng Deva merompak RM2.19 juta dari pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang pada 28 Januari tahun lalu.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di universiti ini perlu dipertingkatkan lagi. Hal ini kerana sejak kebelakangan ini, kes seperti samun, orang minyak dan curi motosikal kerap berlaku.

Sekiranya kita masih ingat, kes yang melibatkan dua orang pelajar perempuan yang dilarikan oleh seorang lelaki untuk dijadikan pelacur pada 28 Julai tahun lalu.

Dalam kes tersebut, mangsa telah ditanggalkan pakaian dan diugut dengan pisau serta sebungkus serbuk kari. Sememangnya mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal ternampak mangsa dalam keadaan berdiri di atas kerusi bas sambil melambai tangan kepada pengguna lebuhraya bagi menarik perhatian mereka.

Apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah pihak keselamatan gagal mengawal keselamatan dengan semaksimum mungkin.

Menurut kenyataan bekas ketua polis daerah Kajang, ACP Rosli Mohd Nizam dalam kes cubaan culik itu, beliau menyatakan kekesalan dengan sikap pihak keselamatan UKM yang membenarkan bas itu masuk ke kampus begitu mudah tanpa membuat pemeriksaan.

Secara hujahnya, pihak keselamatan, dari Ketua Pegawai sehinggalah pegawai bawahan, lebih mengutamakan kes politik daripada kes-kes jenayah.

Buktinya jelas pada 4 Mac lalu, seorang pegawai keselamatan didakwa menumbuk rahang kiri seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi atas tuduhan mengedar risalah politik pilihanraya umum ke-12 tetapi sehingga sekarang, kes itu belum lagi diputuskan oleh pentadbiran.

Malahan tindakan tidak berprofesional pegawai keselamatan turut diterjemahkan dengan merampas komputer riba milik rakan sebiliknya mangsa sedangkan komputer tersebut berada di atas meja rakannya itu, bukannya meja tertuduh.

Dua laporan polis dibuat bertarikh 5 Mac dan juga 17 April lalu.

Pegawai keselamatan turut terkenal dengan tangkapan rambang ke atas pelajar UKM seperti yang berlaku terhadap seorang pelajar pada 3 Mac lalu yang ditahan kira-kira 10 jam iaitu dari pukul 6 pagi hingga 5 petang.

Daripada peristiwa-peristiwa di atas, jelas bahawa pihak keselamatan UKM lebih suka bermain politik dan mengampu timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) sendiri daripada menjaga keselamatan pelajar UKM.

Secara realitinya, isu keselamatan pelajar semakin hari semakin menurun. Hilangnya rasa selamat dalam kalangan pelajar akan menyebabkan negara kita tidak mampu mengeluarkan graduan bermutu tinggi.

Pelajar tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran mereka tetapi akan hanya fokus soal keselamatan mereka.

Justeru, GMUKM menggesa agar pihak keselamatan yang dikenali sebagai wisma aman agar meningkatkan lagi tahap keprofesionalan mereka dalam menangani isu ini.

Janganlah apabila timbul satu kes, maka barulah muncul pengawasan keselamatan yang ketat, barulah ada pemeriksaan kenderaan dilakukan.

Bagi GMUKM, sikap “sudah terhantuk baru tengadah” patut dibuang dalam jiwa pegawai keselamatan agar keamanan dapat dikecapi oleh pelajar UKM.

Selain itu, wujudkan pos polis di dalam kampus UKM agar penjenayah sama ada masyarakat luar mahupun pelajar sendiri gerun untuk melakukan jenayah.

Di samping dapat memberikan keyakinan keselamatan kepada pelajar, ia juga membolehkan kadet SUKSIS – yang dianggotai oleh pelajar seperti pasukan pelatih polis – membuat latihan amali.

Selain itu, GMUKM melihat banyak peruntukan undang-undang tidak diuar-uarkan kepada pelajar. Bakal-bakal penjenayah di kalangan pelajar tidak tahu akan hukuman yang dikenakan ke atas mereka sekiranya tertangkap.

Oleh itu, GMUKM meminta penasihat UKM dan Jabatan Pendaftar untuk menampal dan membuat satu kempen kesedaran undang-undang kepada para pelajar.

Hal ini sememangnya termaktub dalam Seksyen 30 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang menyatakan bahawa “apabila sesuatu Statut atau Kaedah baru dibuat, dipinda atau dibatalkan tiap-tiap Statut, Kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaiman yang diarahkan oleh Lembaga.”

GMUKM harap kejadian ini tidak berulang kembali di bumi UKM.

Semoga UKM terus menjadi tempat aman dan selamat kepada masyarakat kampus ke arah mencapai hasrat seluruh rakyat Malaysia menjadikan kampus sebuah gedung melahirkan graduan yang berintelek dan progresif.

Jangan nanti ada pandangan sinis menyatakan, akronim UKM itu sebagai “Universiti Kuat Mencuri”.

6 responses to this post.

  1. Posted by wanadeka on June 27, 2008 at 12:17 pm

    ……………sikap “sudah terhantuk baru tengadah” patut dibuang dalam jiwa pegawai keselamatan agar keamanan dapat dikecapi oleh pelajar UKM.

    aku stuju!! sekali jd kes, sekali pak guard sebok cek2. pastu xde dah. jadi kes lain pulak, br la diorg sebok cek2 lg.

    Reply

  2. Posted by taylineo on June 27, 2008 at 12:45 pm

    biasala…ini adalah sikap orang malaysia terutamanya pak guard malaysia. lagipun, sekrang ni kes-kes jenayah makin meningkat di malaysia ni. sgt sedih…

    Reply

  3. Posted by nurulizzy on June 28, 2008 at 12:38 am

    ha ah pak gard mmg aa.tau ddk goyang kaki..maki2 org..xpun sebok ngorat..hapadaaa

    Reply

  4. studen ke yg curi2 nh.

    Reply

  5. Posted by abanglong on July 4, 2008 at 8:55 pm

    salam.. first time singgah🙂

    Reply

  6. kte xleh slh kn pak gard jer..masing2 de tngungjwb sndri!
    sendiri mau ingat lah..pndi2lah jge dri.
    jgn sebab setitik nila,habis susu sebelanga!
    hahahaaaaaa
    lu pikir lar sdri!!!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: