Amaran: Jangan Belanja 16 Julai..JANGAN!!!!

KUALA LUMPUR: Bolehkah anda menahan diri dengan tidak membeli apa-apa untuk satu hari? Itulah cabaran dikemukakan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada Hari Tidak Berbelanja, 16 Julai ini supaya pengguna dapat menilai semula gaya kehidupan mereka.

Presidennya, Datuk N Marimuthu berkata, hari berkenaan bertujuan memberi peluang kepada pengguna meluangkan masa untuk menilai semula diri mereka sebagai pengguna dan mengubah gaya hidup mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Menurutnya, selepas hari itu pengguna boleh berfikir untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan dan dan perkhidmatan berjenama mahal dengan memilih jenama biasa, tetapi mempunyai kualiti yang baik.

Katanya, pengguna juga perlu membuat keputusan membabitkan perbelanjaan kewangan mereka berasaskan harga pasaran sebenar.

“Era untuk mendapatkan makanan dan bahan api murah sudah berakhir, jadi pengguna perlu bijak mengubah gaya hidup dan mengubah keputusan kewangan mereka berdasarkan pasaran sebenar, bukan berasaskan subsidi.

“Inilah masanya pengguna memikirkan semula pola perbelanjaan mereka, termasuk mengenal pasti sama ada terlalu banyak wang dibelanjakan bagi menikmati keperluan atau memenuhi kemahuan mereka,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, Naib Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy dan Naib Presiden Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Husain Mohd Yasin dan Pengerusi Pusat Peluang Latihan Vokasional YWCA, June Yeoh.

Acara itu sebahagian daripada Kempen Pengguna Kebangsaan bertujuan melakukan perubahan gaya hidup pengguna bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan cabaran baru dalam kehidupan seharian.

Marimuthu berkata, hari berkenaan juga memberi peluang kepada pengguna meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan masing-masing melalui aktiviti yang tidak memerlukan perbelanjaan wang.

“Aktiviti seperti memasak sendiri dan makan bersama keluarga di rumah serta melakukan kegiatan bercucuk tanam di rumah dapat menjimatkan wang dan mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya.

(ikhlas dari Harian Metro, 04 Julai 2008)

P/s: Oleh itu, marila kita bersama sama memasak masakan & menanam apa apa je utk dimasak demi kurangkan bajet pebelanjaan kita. =) Ayuh mulakan langkah anda sekarang =p

4 responses to this post.

  1. Posted by Shopaholic on July 4, 2008 at 12:18 pm

    Kepada Semua shopaholic: Maka kita kena puasa HANYA pada hari tersebut.Aktiviti boleh disambung keesokkan arinya. oyeah!shopping is the best medicine ever.

    Reply

  2. Posted by wanadeka on July 4, 2008 at 6:12 pm

    errr. yg tukang post ni mesti kaki shopping kan? hehe..

    Reply

  3. Posted by taylineo on July 4, 2008 at 6:16 pm

    cm kenal je tukang post ni….hmmmm….sape ei??

    Reply

  4. […] guru menyebarkan risalah dari fomca dan cuepacs, kempen tidak berbelanja pada 16 julai. Shall we make a difference? Yes, of course. By doing that, we can show consumer’s power and […]

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: