Olimpik Beijing 2008

Main Stadium of the Beijing Olympics, The Birds Nest

Stadium Utama Beijing Olympics, The Bird's Nest

Esok bersamaan dengan 8 Ogos 2008 [08.08.08] merupakan pembukaan rasmi bagi Kejohanan Olimpik ke-29. Negara China telah memilih tarikh yang signifikan ini kerana nombor 8 dalam masyarakat orang Cina melambangkan kekayaan dan memberi tuah. Gambar kat atas menunjukkan stadium utama yang akan berlangsungnya acara perasmian. Stadium ini dan The Water Cube merupakan lambang kehebatan Kejohanan Olimpik di China kerana keunikan dan keagungan reka-bentuknya.

Birds Nest & Water Cube

Bird's Nest & Water Cube

Pada kali ini, Malaysia akan diwakili oleh 33 orang atlit daripada sukan angkat berat, badminton, lumba basikal, taekwondo, renang, terjun, memanah, olahraga dan menembak.

Harapan Malaysia untuk membawa balik pingat emas pertama bagi negara kita adalah pada sukan badminton, memanah dan lumba basikal. Seperti yang dijanjikan oleh kerajaan, insentif RM1,000,000.00 menanti atlit tersebut.

Sebagai seorang yang berada di dalam lingkungan keluarga olimpik, aku berbangga bahawa Malaysia diwakili oleh atlit-atlit sukan yang berbakat dan mempunyai harapan untuk merealisasikan impian negara untuk memenangi pingat emas yang pertama bagi Malaysia.

Bagi setiap atlit, penyertaan di dalam sukan olimpik itu adalah sebuah impian dan apabila dicapai, kebanggaan dan kepuasan diri yang dirasai tidak dapat diperkatakan. Ia merupakan satu pencapaian yang sungguh membanggakan bagi diri atlit tersebut dan juga negara mereka. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SYABAS kepada semua atlit Malaysia dan bawalah bersama semangat

MALAYSIA BOLEH!

2 responses to this post.

  1. tay tay kau kt beijing ke?

    Reply

  2. Posted by taylineo on August 12, 2008 at 1:54 am

    How I wish I was there…..😩

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: