Sedih….kecewa….dengan kejadian sebegini

30 minit yang lalu, my dad gtau aku bahawa ada berita pasal kejadian ini kat internet.  Cara dia gtau aku ngn adik aku cm dia sgt geram dengan apa yang telah berlaku.  Masa tue aku x endah sangat tapi nak gak tau apa yang dia cakapkan ni jadi aku pon bukak la malaysiakini.com untuk baca dan apa yang aku baca…disturbed me a lot.

I have to say yang aku seorang yang sangat cintakan negara aku tapi bila benda-benda macam ni terjadi….aku sangat sedih….kecewa….malu dengan sikap orang macam ni yang cuba untuk merosakkan….mencemar….dan mengalakkan perpecahan kaum.  Diorang ni x sedar ke yang apa yang membuatkan negara kita unik, kaya dan disanjungi foreigners adalah our multiracial society dan bagaimana kita boleh hidup bersama dengan harmoni dan saling hormat antara satu sama lain.

Dengan hari kemerdekaan semakin dekat….dengan segala usaha PM untuk menyatukan rakyat dengan tema 1MALAYSIA sempena 31 Ogos ini….kenapa diorang ni still kena buat cmni?  Kalau x puas hati pon….jangan lah sampai xtreme.  Kita semua orang yang da CIVILIZED and ada cara yang lebih elok….lebih berperikemanusiaan….lebih aman untuk selesaikan masalah sebegini….

Kenapa….kenapa….kenapa…..

ARAK KEPALA LEMBU PINDAH KUIL

by Jimadie Shah Othman (www.malaysiakini.com)


Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.

Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.

Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.

Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan “kami bantah” menggunakan alat pembesar suara.

Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis “Take beer”, “Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah”, “Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya” dan “Pindahkan kuil ke Seksyen 22”.

“Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia,” jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Polis hanya memerhati

Kira-kira 10 anggota polis hanya memerhati dan mengawal keadaan sekitar kawasan tersebut.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api.

“Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami.”

Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam.

“Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23.”

Dihubungi Malaysiakini selepas demonstrasi itu, Mahyuddin menafikan kepala lembu itu dibawa oleh penganjur.

“Bukan kehendak kita. Kita pun terkejut tadi,” katanya.

Tidak hina Hindu

Mahyuddin menolak tanggapan mereka ingin menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.

“Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh,” jelasnya (foto bawah).

Kelmarin, Dr Xavier dilaporkan meminta penduduk seksyen itu menimbang semula bantahan mereka terhadap keputusan kerajaan memindahkan kuil ke kawasan itu.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri bercadang memindahkan pembinaan Kuil Sri Maha Mariaman kira-kira 300 meter dari tapak cadangan asal pembinaannnya kerana ia berdekatan dengan surau.

Berikutan tapak itu dianjakkan agak jauh, kerajaan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina jalan raya di situ bagi memudahkan penganut Hindu ke kuil tersebut.

Sebelumnya, kuil di Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 kerana kedudukannya terlalu rapat dengan kawasan kediaman.

Keputusan ini dibantah oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 dengan alasan mereka beragama Hindu hanya minoriti di situ.

Kuil itu dibuat untuk keperluan penganut Hindu di Seksyen 19, 20 dan 23 Shah Alam.

‘Khalid, Rodziah pengkhianat’

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.

Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah “Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa”, “bantahan kuil” serta “jangan main gila” dan perkataan hijau pula “jangan main api”.

Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut.

“Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno.

“Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno,” katanya.

“Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian.

“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka.”

7 responses to this post.

  1. Posted by taylineo on August 29, 2009 at 11:37 am

    Muhyiddin tue mmg bangang!

    Dia kata, “…kepala lembu ini adalah daripada individu-individu yang marahkan dengan Khalid Samad. Yang marahkan dengan Khalid Ibrahim. Dan sebenarnya program kita bukan program kepala lembu hari ini. Ini adalah individu yang bawak. Individu yang bawah yang mereka marah dan ini yang kita takut. Tindakan daripada segelintir individu-individu yang extreme ini….merosakkan bangsa kita.”

    Tapi dia sendiri pergi pijak kepala lembu tue. Dia x sekolah ke apa? BODOH

    Reply

  2. Posted by Gigibiru on August 29, 2009 at 2:03 pm

    Khalid Ibrahim tu bodoh,yang dia nak tduh UMNO yg jadi dalang apehal? PKR yg ajar depa sume wat demo kan? Lgpn Shah Alam tu tempat PKR kan?apehal tduh UMNO plak..bangang! Lgsatu,kalu ye pun nak bantah pemindahan kuil..buat cara aman la,hantar memorandum,kumpulkan tandatgn..duduk berbincang dgn penduduk..yg nak pijak2 kepala lembu tu apehal?takda otak ke? Kalu xnak org cemarkan agama sendrik jgn sekali2 cemarkan agama org! Aku rase demo ni org PKR dgn PAS jd dalang..dah Anwar yg ajar anak2 buah depa suh wat demo,merusuh tak tentu hala kalu x puas ati..padan muka! Kalu negara jd mcm 13 Mei 1969 kita tau la nak salahkan sape..

    Reply

  3. Posted by taylineo on August 29, 2009 at 2:18 pm

    Ntahla sape yg nak disalahkan tapi yg penting dalam hal ni. Aku setuju ngn Gigibiru yang Khalid Ibrahim x patut buta2 tudah UMNO.

    Yang penting, benda cmni TAK patut terjadi sama sekali.

    Reply

  4. Posted by ehsan on September 7, 2009 at 10:54 pm

    Salam. Just a little something from one of the residents of Section 23, Shah Alam. My request before you publish anything regarding whatever issue (now the focus is on Section 23), is that :-
    1) Kindly do not look only at the surface of the matter. It has more layers than what was being portrayed by the media or by people of interest.

    2) Study why the residents at Section 19 ‘demanded’ the removal of the said temple & why the impact on the said temple (socially, physically &mentally), the lack of action & the biaseness by those elected thereof has angered the residents of Section 23. We have lived in peace & harmony with other residents from other races & beliefs (spiritual or political) for the past 4 years before the said elected officials suddenly dumps ‘this matter’ into our so-called laps….this is not a political ploy nor just a religious issue…it is more than that.

    3) After doing 1) & 2) then put yourself in our shoes , how would you react if the same thing were to happen to you? Or would it be the case of ‘the pot calling the kettle black’…(if that is the right term)…

    4) Study the Quran & Hadiths properly and as a whole, not partially just to prove your point.

    5) Finally my deepest apologies for everything I’ve said, Maaf Zahir & Batin & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

    Reply

  5. Posted by ehsan on September 7, 2009 at 10:54 pm

    DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

    Surat ini ditujukan kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad, Rodziah Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 23, Hj. Zainuddin & Pengerusi Surau Seksyen 23, Azrul Hakim, Penduduk ISLAM Seksyen 23, Para pemimpin ISLAM dan umat ISLAM keseluruhannya.

    Saya merupakan seorang penduduk di Seksyen 23 dan telah hidup secara aman bersama jiran tetangga yang berbilang bangsa dan berlainan agama. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk untuk kebaikan penghuni tanpa mengira bangsa dan agama. Jiran-jiran saya terdiri dari kaum India. Ada yang beragama Kristian dan Hindu. Manakala kaum Cina pula ada yang beragama Kristian dan Buddha.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit cebisan pandangan saya berikutan kekecohan yang berlaku di kawasan perumahan kami sejak akhir-akhir ini. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T. INSYAALLAH.

    SURAH AL-MAIDAH : 90
    “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (BERKORBAN UNTUK) BERHALA, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

    Saya ucapkan tahniah kepada KHALID IBRAHIM kerana masih ingin meneruskan hasrat untuk memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Perlu diingat sejarah Khir Toyo dan UMNO/BN, SALAH SATU FAKTOR KEKALAHAN pada 2008 adalah berpunca dari ‘anugerah penyapu’ yang diberikan. TIDAK MUSTAHIL KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR AKAN BERPUNCA DARI PROJEK KANDANG KHINZIR, ISU ARAK DAN PEMBINAAN ATAU PEMINDAHAN KUIL. INSYAALLAH.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada KHALID SAMAD kerana menerangkan sejarah kuil di Seksyen 19 dengan begitu panjang lebar. Cuma tuan TERLUPA menjawab isu yang dibangkitkan oleh penduduk Seksyen 23 – MENGAPA PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 YANG MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH YANG BERAGAMA ISLAM? Sedangkan pada bulan Mei 2009, pertanyaan penduduk mengenai isu kuil tersebut ditolak mentah-mentah dan penduduk dikatatakan mempercayai ‘khabar angin’. ADAKAH INI JAWAPAN DAN TINDAK TANDUK SEORANG PEMIMPIN ISLAM YANG DILANTIK? KINI, SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!

    Sekiranya UMNO/BN GAGAL menangani isu kuil di seksyen 19 yang mana majoriti penduduk adalah beragama ISLAM, tuan sebagai salah seorang pemimpin yang dilantik hendaklah cuba menyelesaikannya permasalahan penduduk tersebut. Sekiranya SATU-SATUNYA JALAN PENYELESAIAN YANG DAPAT DICAPAI ADALAH SEKADAR MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 YANG JUGA MEMPUNYAI MAJORITI PENDUDUK YANG BERAGAMA ISLAM, itu bukanlah satu penyelesaian yang bijak kerana anda cuma ‘MENCAMPAKKAN’ MASALAH KUIL DI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23!!!

    ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULA INGIN MENCIPTA REKOD UNTUK MEMINDAHKAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DAN MENGULANGI IGAUAN DAN TRAUMA YANG DIHADAPI OLEH PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 19 KEPADA PENDUDUK ISLAM DI SEKSYEN 23 DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 2 TAHUN SEJAK MEMERINTAH SELANGOR???

    ADAKAH INI PERUBAHAN YANG DIINGINKAN OLEH PENDUDUK SHAH ALAM SEWAKTU MENGUNDI PADA 2008???

    Reply

  6. Posted by ehsan on September 7, 2009 at 10:55 pm

    Di Malaysia, terdapat kepelbagaian agama, bangsa dan kaum, maka lahirlah pelbagai parti politik seperti UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain. Mereka semua ada yang hidup berjiran. Begitu juga di Seksyen 23. TETAPI KAMI TIDAK PERNAH MENJADIKAN PARTI POLITIK SEBAGAI ALASAN UNTUK BERMUSUH DAN KAMI DAPAT HIDUP BERJIRAN DENGAN AMAN. KEPADA AHLI-AHLI POLITIK, CUBA CELIKKAN MATA DAN BUKA MINDA MENGENAI ISU YANG SEBENARNYA! KAMI MEMBANTAH PEMINDAHAN KUIL DARI SEKSYEN 19 KE SEKSYEN 23 DI MANA MAJORITI PENDUDUK ADALAH BERAGAMA ISLAM!!!

    Kepada RODZIAH ISMAIL pula saya ucapkan jutaan terima kasih kerana ketidakprihatinan puan ke atas permasalahan yang melanda penduduk ISLAM di Seksyen 23. PERTANYAAN PENDUDUK DARI BULAN MEI 2009 MENGENAI ISU KUIL TERSEBUT HANYA DIJAWAB PADA BULAN OGOS 2009. ITUPUN JAWAPAN DIBERIKAN MELALUI MEDIA CETAK. MENGAPA WAKIL RAKYAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23 PERLU ADA PEJABAT DI SEKSYEN 23 SEKIRANYA TIDAK PERNAH BERJUMPA ATAUPUN INGIN BERKHIDMAT UNTUK PENDUDUK SEKSYEN 23???

    Kepada Pengerusi Penduduk, HAJI ZAINUDIN, saya berharap tuan agar dapat memimpin penduduk ISLAM Seksyen 23 bagi membela nasib kami dan anak-anak kami demi menegakkan agama ISLAM. INSYAALLAH.

    SURAH AT-TAUBAH : 123
    “Hai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang di sekitar kamu itu, dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu, dan ketahuilah, BAHAWASANYA ALLAH BESERTA ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.”

    Kepada Pengerusi Surau, AZRUL HAKIM, saya utarakan pertanyaan-pertanyaan tersebut. Adakah wajar seseorang mengherdik dan memaki seseorang yang lebih tua dari dirinya yang sebaya dengan ayahnya sendiri? Dalam ceramah agama pula adakah wajar diceritakan perihal seorang pendakwah bebas yang ‘berkawan rapat’ dengan seorang artis wanita sebelum isteri pendakwah bebas tersebut tampil ke media massa untuk menerangkan keadaan sebenar rumahtangga mereka? Adakah wajar juga sewaktu ceramah agama, dijadikan medan untuk menjelaskan mengenai lokasi kuil sedangkan orang yang menjelaskan perkara tersebut bukanlah ahli yang layak ataupun wakil rakyat yang dilantik untuk menerangkannya kepada penduduk? Adakah wajar juga sesi ceramah agama dijadikan medan untuk memburuk-burukkan orang-orang lain yang seagama ISLAM hanya kerana berlainan pendapat atau berlainan parti politik? WALLAHU’ALAM.

    AKHIR SEKALI, saya memohon maaf di atas kata-kata yang menyinggung perasaan tuan puan tetapi saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ISLAM untuk mengingatkan di antara satu sama lain. SEGALA YANG BAIK DATANGLAH DARI ALLAH S.W.T DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.

    SURAH AL-FURQAN : 17
    ”Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) ALLAH menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain ALLAH , lalu ALLAH berkata (kepada yang disembah); ‘ Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hambaKU itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?”

    AL-FATIHAH : 5-7
    “Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”. TUNJUKILAH KAMI JALAN YANG LURUS, (iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai (Yahudi), dan bukan (pula jalan ) mereka yang sesat (Nasrani)”.

    SURAH AL-AN’AM : 162
    “SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADATKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM.”

    AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    Reply

  7. Posted by taylineo on September 7, 2009 at 11:45 pm

    Dear ehsan,

    Thanks for your comments. I just have a few inquiries and comments:-

    1) Can you please enlightened me on why the residents of Section 19 demanded the removal of the temple? This was not explained in the mass media.

    2) In my opinion, a protest rally is acceptable but a protest rally with a chopped off cow’s head, parading it, stepping on it…I don’t think this is a wise move. It makes it even worse when the protest involves a religion where the cow is worshiped as a sacred animal. Do you think this was a wise move?

    3) What’s with the banner “TAKE BEER”? Is it a crude translation of “TAKBIR”?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: